Selasa, 1 Oktober 2013

Syahdunya.... nikmat kerinduan......

Alhamdulillah... Mak dan abah selamat sampai ke tanah suci dengan izin AllahSwt... rezeki mereka dijemput awal untuk menjadi tetamunya di baitullah...
Subhanallah...
betapa besarnya kekuasaanNYA maha suci ALLAH SWT.
di sebalik keheningan malam aku merindui wajah mereka.... gelak tawa bersama, tika gembira, menangis bersama tika kecewa... semoga mak dan abah tenang mengerjakan ibadah mereka dan mendapat haji yang MABRUR ameen ya rabbalalamin.
Ya ALLAH, kau lindungilah mereka... permudahkanlah urusan mereka, tempatkanlah hati2 mereka dijalanmu... KAU berikanlah mereka kesenangan didunia dan akhirat semoga mereka kekal erat disisiMu.. janganlah kau palingkan mereka dari menerima hidayahmu.. cekalkanlah hati mereka menerima ujian darimu... sesungguhnya aku menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi ku.. buka dan luaskanlah pintu rezeki mereka, berikanlah kesihatan yang baik hingga ke akhirhayat mereka
Ya Allah.. Engkaulah tuhan yg maha mendengar lagi maha mengetahui... bisikkanlah kepada mereka aku merindui mereka. peliharalah hati2 mereka dan jadikanlah keluarga kami keluarga sakinah dan pertemukanlah kami di JANNAH mu Ya ALLAH...





Jumaat, 27 September 2013

FACEBOOK dan AKU tak dapat di pisahkan.

Kengkadang Pelik, kengkadang suka, kengkadang gembira dan kadang2 sakit hati... banyak org up status yg suka sakitkan hati org, bangga2 diri dan x terkecuali jugak yg suka2 komen status org mcm mak pak dia punya wall... hheheheheh
bukan apa, aku nie jarang nak up status bukan2 nie tapi adalah hamba ALLAH nie suka sangat UP status yg meyakinkan dia ni SOK2 SUCI tapi urmp HAMPEH. mcm HAMPAGAS hahahahha


gambar hiasan.... hehehheheh

Walau apa pun aku mmg addict dengan facebook pasal kat situ aku boleh
 ketawa....
nangis....
senyum sorang2...
main game...
masuk contest...
jumpa manusia2 comey...
HUdoh.

anyway.. TQ to...



MARK zuckebreg facebook founder... merapatkan hubungan sesama ingan.

bermulanya sebuah coretan



Assalamualaikum.

Hi..hi..hi..
Tak tau sebenarnya nak mulakan macam mana.. sebenarnya blog nie tercipta kerana aku nak share semua perjalanan hidup kat sini dan berkongsi mana yang patut dengan korang semua pembaca (poyo, ade ke yg nak baca). manalah tau semua nie boleh jadi panduan dan tauladan kepada korang. so STAYYYY TUNE.....